Monday, February 9, 2009

Kemelut Politik di Perak

Assalamualaikum para pembaca...

Terpanggil pula rajawali9 untuk mengulas sedikit isu tentang kemelut politik yang berlaku di Perak. Bagi rajawali9, sebagai pendapat peribadi yang tidak menyebelahi mana2 pihak, merasakan apa yang berlaku sekarang ini, amatlah merugikan rakyat Perak sendiri. Apa tidaknya, penubuhan kerajaan perak bukan ditentukan oleh rakyat, tetapi oleh 3 Adun yang bertiket bebas tetapi tidak bebas kerana mempunyai idealogi yang pro kepada parti tertentu.... Dapat kita lihat disini, yang berkuasa menentukan kerajaan perak adalah 3 orang Adun ini.... Bukan sultan, bukan rakyat atau sesiapa. Persoalannya.....

1. Adakah 3 Adun ini telah mengambil pendapat rakyat dibawah jajahan DUN terbabit untuk menyokong mana2 parti bagi menubuhkan kerajaan perak...?

2. Adakah terdapat kemungkinan bahawa 3 Adun ini telah disogok bagi menyokong keputusannya?

3. Adakah matlamat 3 Adun ini seiring dengan manifesto yang telah dijanjikan sebelum PRU13 yang lepas?

Oleh itu, rajawali9 memikirkan, walaupun ia tidak pernah berlaku dalam sejarah, bagi menubuhkan kerajaan baru Perak dengan situasi sekarang, adalah lebih baik jika pilihanraya bagi semua DUN dibuat semula. Memanglah ianya akan melibatkan kos.... tetapi ianya dapat mengelakkan ketidakstabilan politik dalam kerajaan Perak sendiri. Rakyat berasa tidak tertipu dengan permainan politik pemimpin parti2 politik sepertimana yang berlaku sekarang ini. Rakyat puashati, keadilan dapat ditegakkan, demokrasi dilaksanakan sepenuhnya. Suara rakyat lebih penting bagi mendapatkan mandat pemerintahan, bukan mandat daripada 3 Adun terbabit. So, rajawali9 menyeru agar rakyat Perak bersatu dalam menentukan tampok pemerintahan yang dikehendaki.

Kalau setakat melaungkan daulat tuanku, tetapi rakyat tidak bersatu dibawah naungan tuanku, sia2 sahaja ucapan tersebut. Rakyat perak perlu mempertahankan kedaulatan sultan dengan bersatu dan tegakkan keadilan. Rajawali9 yakin seluruh rakyat perak menyanjung kedaulatan tuanku, so... mudah saja, adakan pilihanraya Dun bagi memilih kerajaan perak, kemudian dapatkan pekenan sultan. Sudah tentu sultan amat gembira sekiranya kerajaan yang dipilih rakyat memerintah negerinya. So.... orang perak, pikirlah sendiri, bersatulah... jgn cuma pandai buat bising dijalanan sahaja. Nak halang2 kereta kerabat istana..... tak perlu semua tu. Sultan perak akan menggunakan kebijaksanaan untuk buat keputusan....

Daulat Tuanku....

No comments: