Hari ini, saya telah menghadiri satu majlis ilmu di tempat saya bekerja. Majlis yang dinamakan majlis Penataran Ilmu yang telah disampaikan oleh YBhg Ust. Dr Juanda Jaya dari pejabat Mufti Negeri Sarawak.
Ceramah yang berkisar dengan Hijrah itu telah sedikit sebanyak telah mengupas pemahaman tentang mengapa Israel itu bersungguh-sungguh mendapatkan bumi Palestin dan bagaimana mereka merencanakan impian mereka itu.
Ingin saya berkongsi disini, merujuk kepada ceramah itu, barulah saya tahu bahawa, populasi Yahudi Israel ini hanyalah separuh populasi penduduk Malaysia, ie 14 juta diseluruh dunia. Dengan bilangan sebanyak ini, meraka cukup teliti dengan segala perancangan demi menakluki bumi Palestin yang dirancang sejak seabad lalu. Jika dibandingkan dengan populasi penduduk Islam di dunia yang seramai 1.5 bilion, orang Israel hanyalah 1% dari segi bilangan.
Tetapi apa yang menyedihkan, 1% itu tadi telah berjaya bangkit dalam usaha memerangi Islam dengan menggunakan pelbagai cara. Adakah kita pernah terfikir, Anugerah Nobel yang dianugerahkan kepada cendikiawan hebat didunia ini, hanya 3 dimenangi oleh orang Islam. Tetapi orang Israel telah memenangi 180 anugerah Nobel setakat ini. Bayangkan bagaimana mereka ini mengorak langkah demi langkah untuk menewaskan Islam.
Selain itu, dari segi ilmu pula, hanya terdapat 500 universiti Islam didunia. Jika dibandingkan dengan bilangan universiti di Amerika terdapat lebih 5000 dan di India terdapat lebih 8000 universiti. Ini jelas bahawa, orang Islam didunia sedang lena tidur sedangkan musuh Islam sedang bergiat aktif merancang memusnahkan kita.
Kita lihat, tujuan Israel beriya2 nak menakluk Palestin adalah kerana sejarah telah membuktikan bahawa kaum yang menakluki Palestin akan memimpin dunia. Palestin juga dianggap bumi para Anbiya' kerana ramai rasul dan nabi berasal dari bumi Palestin termasuk Nabi Adam, manusia pertama yang Allah turunkan ke muka bumi ini. Nabi Muhammad juga berIsrak ke langit dari bumi Palestin. Kerajaan Rom umpanya dulu telah menakluki bumi ini untuk memerintah dunia sebelum dikalahkan oleh para sahabat rasullah.
Oleh itu, sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama bersatu padu demi Islam dan janganlah kita saling bercakaran sesama Islam kerana ia akan hanya melemahkan agama Allah ini.
No comments:
Post a Comment