Friday, August 12, 2011

Renung-renungkan

Alhamdulillah, kita masih diberi keizinan Allah untuk terus menghirup udara di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.
Seperti mana kita sedia maklum, bulan ramadan adalah sebagai bulan melatih / membersihkan hati. Mana tidaknya, kita mengawal hati kita daripada perkara2 yang membatalkan puasa. Kemudian kita jaga telinga kita dengan mendengar bacaan alquran sebagai contoh. Kalau dulu dlm kereta kita dgr Sinar FM, bulan ini kita dengar IKIM FM.
Kemudian kita jaga mata kita, bila tengok tv, bila siang tak tgk da HBO, Starmovie, AXN dan sebagainya. Kita tengok Oasis, Alhijrah dan Saluran Ramadan.
Dan macam2 la yang kita jaga...
Tetapi, adakah kita rasa segala apa yang kita buat bulan ini, akan berterusan dibulan2 yang akan datang? Kita sendiri tiak pasti, samada hati kita telah bersih atau tidak. Nak tahu samada hati kita bersih atau tidak, kita lihat semasa pergi ke bazar ramadan...mata yng kita jaga dari selepas subuh sehingga asar tadi.. telah hilang semuanya.. mana tidaknya, kanan, kiri, depan, belakang aurat terdedah-dedah. Habis semuanya yang kita jaga, ye la, kalau tak tgk rugi.... tapi sebenarnya kalau tgk lagi la rugi....
Yang kita pasti, bila ramadan, ada yang pasti bersih. Apa dia?
Sudah tentulah rumah kita... mana tidaknya, nak raya, cat rumah, basuh rumah, kemas rumah untuk menyambut ketibaan aidilfitri. Adakah dengan sedemikian kita telah berjaya mencapai misi sebenar kita dibulan ramadan....Sehinggakan labah2 dirumah kita pun tak senang duduk. Habis kita bersihkan. Kalau hati kita sudah bersih, barangkali kita akan fikir... "hai labah2... kerana engkaulah dulu yang tolong Rasul pesuruh Allah ketika dikejar Abu Jahal yang nak bunuh dia. Kalau tak tentulah aku sekarang ni belum tentu jadi Islam ke tidak. Engkau takpelah, tak masuk neraka, aku ni belum tau lagi. Aku bagi can ko hidup sama2 aku, mudah-mudahan engkau doakan la aku masuk syurga."
Cuba kita renungkan, adakah kita akan berfikir sedemikian? Sekiranya tidak, mungkin rumah kita siah bersih, tetapi hati kita masih jauh menghampiri tahap bersih...Itu saja tazkirah pada kali ini. Semua yang baik datang Allah, yang buruk itu adalah datang dari diri kita sendiri. Wassalam.

Wednesday, August 10, 2011

Statistic rajawali9 Blog


Do you know, this blog have been viewed by 10 country around the world between May 2009 until August 2011. Here the statistic....

Sunday, August 7, 2011

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum wbt..
Saudara pembaca yang dirahmati Allah swt sekalian... Pada artikel ini, ingin saya berkongsi sedikit ilmu. Ianya adalah berkaitan laluan atau perkara yang mesti dilalui oleh seseorang hamba yang digelar manusia yakni kita semua.
Menurut Imam Shafie rahmatullah... setiap manusia haruslah melalui laluan-laluan ini. Terdapat 10 laluan semuanya. Iaitu:
1. Haluan menuju ke Alam kubur.
2. Hari bertemu malaikat Izrail (pengambil nyawa)
3. Detik ketika bertemu Mungkar dan Nakir (penjaga kubur)
4. Perlunya memberatkan timbangan
5. Memelihara amalan
6. Melalui titian Siratulmustaqim
7. Menjauhi diri dari api neraka
8. Bercita-cita memasuki syurga
9. Detik ketika berjumpa Rasulullah saw.
10. Saat bertemu Tuhan Penciptamu (Allah swt)
Setiap di atas menurut Imam Shafie rahmatullah mempunyai strategi-strategi tertentu untuk sukses. Melalui posting yang akan datang di blog ini, saya akan huraikan 4 perkara yang perlu kita lakukan bagi setiap perkara di atas.
Semoga berjumpa di posting yang akan datang.

Thursday, August 4, 2011

For Ramadhan Month only...

Nice video... special for this ramdhan...
Enjoy.... credit to your both guys... Aiman Azlan & Hadi...