Alhamdulillah, kita masih diberi keizinan Allah untuk terus menghirup udara di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.
Seperti mana kita sedia maklum, bulan ramadan adalah sebagai bulan melatih / membersihkan hati. Mana tidaknya, kita mengawal hati kita daripada perkara2 yang membatalkan puasa. Kemudian kita jaga telinga kita dengan mendengar bacaan alquran sebagai contoh. Kalau dulu dlm kereta kita dgr Sinar FM, bulan ini kita dengar IKIM FM.
Kemudian kita jaga mata kita, bila tengok tv, bila siang tak tgk da HBO, Starmovie, AXN dan sebagainya. Kita tengok Oasis, Alhijrah dan Saluran Ramadan.
Dan macam2 la yang kita jaga...
Tetapi, adakah kita rasa segala apa yang kita buat bulan ini, akan berterusan dibulan2 yang akan datang? Kita sendiri tiak pasti, samada hati kita telah bersih atau tidak. Nak tahu samada hati kita bersih atau tidak, kita lihat semasa pergi ke bazar ramadan...mata yng kita jaga dari selepas subuh sehingga asar tadi.. telah hilang semuanya.. mana tidaknya, kanan, kiri, depan, belakang aurat terdedah-dedah. Habis semuanya yang kita jaga, ye la, kalau tak tgk rugi.... tapi sebenarnya kalau tgk lagi la rugi....
Yang kita pasti, bila ramadan, ada yang pasti bersih. Apa dia?
Sudah tentulah rumah kita... mana tidaknya, nak raya, cat rumah, basuh rumah, kemas rumah untuk menyambut ketibaan aidilfitri. Adakah dengan sedemikian kita telah berjaya mencapai misi sebenar kita dibulan ramadan....Sehinggakan labah2 dirumah kita pun tak senang duduk. Habis kita bersihkan. Kalau hati kita sudah bersih, barangkali kita akan fikir... "hai labah2... kerana engkaulah dulu yang tolong Rasul pesuruh Allah ketika dikejar Abu Jahal yang nak bunuh dia. Kalau tak tentulah aku sekarang ni belum tentu jadi Islam ke tidak. Engkau takpelah, tak masuk neraka, aku ni belum tau lagi. Aku bagi can ko hidup sama2 aku, mudah-mudahan engkau doakan la aku masuk syurga."

Cuba kita renungkan, adakah kita akan berfikir sedemikian? Sekiranya tidak, mungkin rumah kita siah bersih, tetapi hati kita masih jauh menghampiri tahap bersih...Itu saja tazkirah pada kali ini. Semua yang baik datang Allah, yang buruk itu adalah datang dari diri kita sendiri. Wassalam.
No comments:
Post a Comment